Informasi Mandi Bunga Yang Anda Harus Tahu
Masyarakat Melayu dengan amalan mandi bunga tidak dapat dipisahkan. Ianya dikatakan sebagai amalan yang sudah diamalkan sejak berzaman lagi. Amalan ini lebih biasa dikaitkan dengan kaum wanita terutamanya yang masih belum berkahiwn. Tapi tahukah anda ianya sebenarnya mempunyai pelbagai kebaikan yang lain? Kebiasannya amalan ini dilakukan sama ada untuk mewangikan dan menyegarkan badan, menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit. Bagi pasangan pengantin yang akan berkahwin, amalan ini juga sering dijadikan ‘list-to-do’ supaya mereka kelihatan manis dan berseri ketika berada di atas pelamin. Bagaimanapun mandi bunga juga dilakukan atas tujuan tertentu seperti menolak perkara yang tidak baik.
Ramuan Mandi Bunga
Bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan air bersih (dalam Islam dipanggil air mutlak) akan digabungkan mengikut tatacara, petua-petua orang tua-tua dahulu yang sangat arif.
Gabungan air dan bunga tersebut pula akan didoakan dengan doa atau mentera yang khusus yang mana ia menjadi suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit atau niat. Pelbagai ramuan turut dicampur seperti limau nipis, limau purut, daun sireh, daun pandan, daun bidara, serai, sintuk dan sebagainya, bergantung kepada syarat dan bahan-bahan yang diperlukan, yang ditentukan oleh perawat yang akan menjalankan upacara mandi bunga itu nanti.
Tatacara Mandi Bunga
Mengikut mandi bunga tradisional, terdapat 2 syarat, pertama, kita memerlukan 7 jenis bunga yang segar, mekar dan harum dari pelbagai warna. Sebaiknya bunga-bunga tersebut terdiri dari 7 warna pelangi yang berbeza yang mana bila warna-warna ini di campurkan, ia boleh menghasilkan 10 juta warna-warna lain. Dan syarat kedua pula, perlu menggunakan kain batik yang tidak akan dipakai semula. Maksudnya selepas mandi, kain batik tersebut perlu di buang terus.
Antara bunga-bungaan yang sering digunakan adalah seperti bunga kenanga, bunga rose bunga mawar kampung, bunga susun kelapa, bunga kesidang, bunga tanjung. bunga cempaka, bunga melur, bunga harum sedap malam dan sebagainya. Dipercayai aroma dari bunga dalam mandi bunga tadi akan menjauhkan gangguan sihir atau makhluk jahat kerana mereka tidak suka kepada wangi-wangian, di tambah pula jika wangi-wangian itu ada yang dibacakan ayat-ayat penyembuh dan ayat-ayat yang menyakitkan mereka.
Persiapan sebelum mandi bunga
- Perah limau purut yang direndam semalaman dalam air.
- Campurkan air secukupnya untuk mandi bunga.
- Idealnya anda mandi seperti biasa sebelum mandi bunga. Jadi anda tidak perlu mandi setelah mandi bunga.
- Pastikan anda mengingati niat dan sebab anda mandi bunga. Untuk muslim, berdoa atau membaca ayat-ayat dari Al-Quran sebelum memulai.
Cara-cara mandi bunga
- Jika boleh mandi bunga di pagi hari, ketika bumi masih sejuk.
- Sebelum mulai mandi, ingat untuk berdoa dulu.
- Minta bantuan tuhan, untuk menyelesaikan masalah anda.
- Semasa mula mandi, siramkan bunga di sisi kiri tubuh 3 kali.
- Kemudian siram di kepala tiga kali dan ke seluruh tubuh sehingga semua air habis.
- Untuk orang Islam, sebelum mandi perlu di baca Al-Fatihah 7 kali, surah Kursi 7 kali dan selawat nabi 7 kali pada bekas air yang berisi bunga-bunga tersebut, selesai mandi.
- Setelah itu biarkan. sebentar, supaya hasilnya meresap ke dalam tubuh kita.
Kajian Saintifik
Mandi bunga bukan sahaja petua tetapi telah dikaji secara saintifik dan ia memang benar-benar bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Dengan mandi bunga, kita akan dapat menyeimbangkan aura tubuh badan kita ke tahap normal (warna pelangi). Apabila aura kita stabil maka semua masalah tadi tidak akan timbul.
Dalam kaedah rawatan Aromaterapi, ‘flower bath’ (mandi bunga) ternyata tidak hanya baik untuk membersihkan tubuh dari kotoran dan menjauhkan stress tetapi juga memiliki peranan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan.
Dalam peradaban pengubatan tradisional Cina, air adalah elemen yang sangat kuat dalam penyembuhan energi. Menurut ahli antropologi perubatan moden, sebenarnya di dalam tubuh pesakit, terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar, telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.
Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan.
Kesimpulan
Terapi mandi bunga adalah salah satu kaedah rawatan dalam perubatan Melayu yang berpotensi dalam membantu mencegah dan merawat penyakit. Kombinasi air, warna dan bau wangian bunga didapati dapat menurunkan hormon stres, meningkatkan rasa nyaman dan relaks yang boleh membantu dalam menangani masalah emosi dan mental.