“Apa pulak yang merah kat dahi aku ni? Aaah jerawat rupanya! Besar pulak tu. Dahlah aku naik LRT hari ni. Mesti ramai yang nampak jerawat aku ni. Aduh malunya”
Jerawat memang satu masalah kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang ramai.
Nasib baik ada banyak produk menghilangkan jerawat dengan segera di pasaran. Tapi selama mana perlu bergantung dengan bahan kimia?
Sedangkan banyak bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat sebagaimana yang dilakukan oleh bahan kimia.
Foto Kredit: ohtuleth.ee
6 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!
Berikut adalah 11 petua hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan.
Bahan-bahan semulajadi ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.
Foto Kredit: toptenhomeremedies.com
1. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.
Foto Kredit: authoritynutrition.com
2. JUS DAUN PUDINA
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.
Foto Kredit: oil-benefits.com
3. JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.
Foto Kredit: trueserenity.ca
4. BAWANG PUTIH
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
Foto Kredit: superselectos.com
5. UBAT GIGI
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.
Foto Kredit: encedentistry.com
6. WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas.
Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.
SEMUANYA BAHAN SEMULAJADI, TAK PERLU WAS-WAS LAGI!
Mudah kan?
Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi.
Apa pun, pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul.
Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.